Assalamualaikum :)
Untuk pertama kali aku menulis di blog ini dalam tahun 2012. Saat ini, aku teringat azam yang aku tetapkan. Aku takkan sentuh kekunci komputer riba dan hilang buat sementara di alam maya. Tetapi, mungkin tidak. Aku tetap ada masa untuk alam maya ini.
2012, tahun yang sangat besar bagi ku dan kawankawan yang sebaya dengan aku. Kami akan berhadapan dengan peperiksaan SPM. Yang pasti semua tahu tentang perkara yang akan melanda semua pelajar. Wajib.
Dan aku, mula berubah sedikit demi sedikit. Aku tahu. Ramai yang tersakit hati. Bukan maksud aku. Cuma aku seorang yang pentingkan diri atau lebih betul, pentingkan keluarga aku.
Aku bukan melarikan diri. Tapi aku tak mahu fikirkan masalah. Aku dah dewasa, apa yang penting adalah pelajaran dan masa depan. Bukan masalah yang hanya 'datang' untuk mengubah sesuatu yang baik menjadi buruk dan 'pergi' bila dah berjaya melemahkan semangat aku. Itu je. Harap faham. Dan aku, minta maaf.
Tahun ini, tahu kesibukan aku. Aku tak ada masa untuk perkara yang tak penting. Jadi jangan ganggu aku kalau kau rasa yang aku takkan layan kau. Kau hanya buang masa. Sebab aku bukan yang dulu. Yea, lagi sekali aku ulang aku sibuk. Aku harap kau boleh faham.
Aku seorang pengawas, pagipagi dah kena bertugas. Kerja rumah kena siapkan di rumah, kalau tak siap jangan harap dapat siapkan pagi tu. Takkan. Tugas aku bermula dengan menjaga blok koperasi. Nasib baik ada Dayana yang satu kumpulan. Tak ada lah perasaan janggal tu. Lagi pun blok tu semua junior, senang. Suruh je, dorang buat. Bagus. Dan pengawas juga jadikan aku lebih menjaga kelakuan, tak boleh nak huha sana huha sini. Tapi kadangkadang keluar jugak. Lumrah hidup, takde siapa boleh ubah.
Hari hari aku berulang dengan jadual harian yang penuh. Bangun awal pagi dan tidur lewat malam. Betul kata makcik aku, seorang guru ting.5,"Nak ambil SPM memang banyak tekanan. tapi untuk setahun ni banyakkan bersabar. Nanty bila dah dapat keputusan baru kita sedar yang kita kena berusaha nak dapatlkan kejayaan" InsyaAllah, Allah sentiasa bersama aku dan aku akan terus kuat :) Amin.
Guru kelas aku banyak memberi motivasi dan semangat untuk aku dan rakan sekelas. Dan aku jadikan katakata dia sebagai satu cabaran untuk aku tunjuk kan kejayaan aku. Ya, aku teringin untuk nama aku disebut sebagai pelajar cemerlang di perhimpunan. Tak salah kalau nak berangan kan, tapi aku akan jadikan anganangan itu sebagai kenyataan. Ye, aku akan pastikannya.
Disaat aku menulis karangan yang agak panjang ini, aku masih belum terfikir untuk meng'public'kan blog baru aku. Biarlah aku menulis sehingga aku betul betul bersedia untuk berkongsi cerita. Dan bila korang semua dah baca. Hanya satu nasihat aku. Aku hanya manusia biasa yang ada perasaan. Ahh, mungkin korang takkan faham maksud aku. Mungkin korang akan faham nanti.
Aku cuba untuk sedaya upaya menulis post ini di dalam bahasa melayu. Dan aku berjaya, mungkin. Aku tamatkan katakata aku disini, di post pertama dalam tahun 2012 ini. Assalamualaikum. xx