Saturday, January 21, 2012

Aku perlu jadi lebih kuat,

Assalamualaikum,

Aku ada masalah, yanga ku tak tahu nak cerita dekat siapa. Aku rasa tak ada siapa yang boleh aku berkongsi cerita. Hati aku sakit, aku menangis lagi. Aku tak kuat. Entah kenapa, masih ada manusia yang tak puas hati dengan aku. Main kotor, itu je yang dia tahu.

Hidup aku mula tak tenteram. Banyak nombor yang entah dari mana datang kacau aku. Yang pelik nya dorang tahu siapa aku, dan aku...tak. Apa yang dorang mahu entah, mungkin nak menyakitkan hati aku. Dorang berjaya, aku menangis aku memberontak. Perkara yang paling aku benci, berulang kembali. Aku bukan la seorang yang kuat. Aku ada hati dan perasaan.

Kenapa mesti ada manusia yang macam ni? Aku nak SPM, bukan nak dorang ganggu hidup aku, buat aku rimas, sakit hati. Serabut. Hm. Cukup lah. Aku sekadar ingin meluahkan perasaan aku. Biar tak semua. Aku perlu rehat yang secukupnya. Selamat Malam Dunia. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment